Wednesday, November 3, 2010

Kek Coklat Lembab Kukus




haaa.. ini la rupa nya moist coklat cake... kek ni untuk suami tersayang sempena hari jadi nya... Kek ni mudah sgt.... Jum kita ngk bhn2 dan cara2 nya...

Bahan2 nya
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 csm serbuk koko*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 cwn minyak jagung/sayuran
1 cwn gula perang
3 biji telur ayam
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu segar

Cara2 nya

Panaskan kukusan terlebih dahulu.

Satukan kesemua bahan yang bertanda * dalam satu bekas.

Ambil bekas yang lain, masukkan minyak dan gula.. pukul hingga kembang. kemudian masukkan telur ayan sebiji demi sebiji. Pukul hingga gebu.

Kemudian masukkan susu pekat dan pukul rata.

Akhir sekali masukkan bahan2 kering yg telah disatukan tadi berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.

Masukkan batter tadi dalam acuan yang telah digris dan kukus selama sejam dengan api sederhana.

Apabila sudah siap, sejukkan sebelum dihias atau dipotong.

No comments:

Post a Comment