Tuesday, June 19, 2012

RESEPI AYAM PERCIK CARA KU


Hari ni awal2 lagi sblm baby bangun aku dah bersedia untuk masak... masakan kali ni aku buat AYAM PERCIK CARA AKU lah... kalo buat masak ni aku mmg guna ayam sekor pasal anak2 suka sgt meratah.... kalo citer bab bahan2, memang macam2 masuk tapi senang sangat... macam 123 abc gitu... yang penting, x perlu bakar membakar... rasa pun sedap macam kat ayamas gitew.... hahaha... ok lah... gambar dah ngk.. jum kita ngk resepi nya pulak... READY??? LET's GOOO...

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1  inci halia (dikisar)
1 inci  kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
4 biji buah keras ( dikisar )
1 1/2 sudu besar serbuk cili  (nak guna cili boh pun ok)
1 peket santan segera (1 biji kelapa/ 1 kotak santan)
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis,  biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masak hingga kuah agak pekat.
6.Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah. 
7.Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat. Angkat dan hidangkan.


1 comment:

  1. kepada pengunjung terima kasih... sila komen skit yer... :)

    ReplyDelete