Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

CUCUQ BAWANG KEMBANG & TEMBAM YANG SEMPOI

Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak sharing2 resepi kat sini... bukannya apa... hujung2 tahun ni almaklum la... busy dgn macam2 tempahan... ada yg nak kek2 la, pavlova budget la, tartlets la, crepe's lagi... mmg tak berapa nk menang tgn la... apa pun syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan rezeki... Alhamdulillah....
Hurmmm... panjang pulak bebelan aku ni yer... huhuu... sorry... okeylah.... jum kita "straight to the point" kata omputih la... hihi...
Xcelly resepi ni inspirasi dari Myresepi(memmetlenggeng) dan rujukan dari blog CMG... tapi aku dah alter hampir 50% dari resepi asal ni... huhu... ikut bahan yg ada kt rumah jer... (malas nk keluar beli barang sebenarnya)...
Cucuq ni sangat seswai dimakan bersama sos lada atau pun kuah kacang... memang terangkatLAHHH...!!!

okey jum nengok resepi :
CUCUQ BAWANG KEMBANG

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
segenggam udang kering
sebiji bawang besar dimayang
1/2 sudu teh yis mauripan
1 st garam
1 1/2 cwn + 2 sb air suam

Cara2nya: 
• masukkan garam dalam air (larutkan yer)
• Campurkan bahan2 lain dan gaul sebati... campurkan air sambil dikacau supaya tepung tidak bergentel2 ya... adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair...
• Perapkan adunan selama 30 minit sebelum digoreng.

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM
Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. 

SOS LADA 
Bahan2nya:
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir- Liza guna nise 
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

• Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. 
• Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. 
• Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

KUAH KACANG 
Bahan2nya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar atau 
beli yang telah siap dikisar 
2 batang serai - dititik 
*3 sudu besar gula perang atau gula merah 
3 sudu besar gula putih 
3 keping asam gelugor (asam keping) 
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
Garam secukup rasa 
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka 
¾ cawan marjerin 
¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar): 
100 g cili kering 
8 batang serai – dihilis halus 
2 biji bawang besar – dipotong kecil 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
3 inci halia 
2 inci lengkuas 
½ inci belacan 
Air secukupnya untuk mengisar 

Penyediaan Bahan-bahan B: 
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara membuat kuah kacang: 
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih. 

*Kuah kacang akan menjadi warna merah gelap sekiranya kita gunakan gula merah, tetapi sekira digunakan gula perang, warna kuah kacang akan berwarna merah terang.

**resepi kuah kacang diambil dari blog ResepiSajianBonda


Saturday, May 25, 2013

KUIH BAKAR PANDAN ALMOND FLAKES

Assalamualaikum...
Lama rasa nya tidak bersiaran... sibuk la jugak... tapi mood kureng nak update blog nih... haha... Ari ni kan cuti... cuti sekolah pun dah start... meriah la sangat rumah ni... Ari tu beli kuih-muih... tak cukup.. budak2 tengah nk membesar agak nya... makan pun banyak... so, ari ni mummy diorang x nk pi beli lagi dah... buat sendiri... boleh mkn puas2... siap boleh bagi kat jiran2 lagi...

Nak jadi cerita.... dulu selalu dah buat kueh ni... tapi tak pasti ada share ke tak resepi nya... Kali ni buat ada tukar skit bahan2 nya... ikut apa yang ada kt rumah je la... jum.... layan resepi dulu... 

Bahan-bahan ( loyang 7 inc )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 /2 cawan gula halus
1  cawan santan pekat
1  cawan air pandan (3 helai atau air + pandan pes)
1/2 tin susu cair
1 1/2 sb minyak jagung
1 st garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau 
sedikit Almond Flakes - untuk tabur
Cara-cara

 Campurkan kesemua bahan kecuali Almond flakes dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
 Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
 Bakar selama 1 jam 20 minit suhu 170c atau hingga masak.

 Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

Saya pulak mmg suka kuih bakar yg ada kerak2 tu... jadi, 15 min terakhir saya bakar dengan api atas sahaja.... yummmy... 






Yang ni versi potong panas2... x sabo nyer pasal... hihihi...


Saturday, March 24, 2012

Donut Mayo


Erm... ni la rupa Donut Mayo.... ramai kawan2 FB dok buat donut ni.... memamg nmpak sedap sgt... so, dah x tahan... buat la sendiri..... resepi asal dari AZLITA AZIZ masam manis....

Bahan2 nya
350g tepung gandum
1 1/2 sb mayonis
1sb susu tepung
1 biji telur
140ml air suam
1 1/2 sb butter
3 sb gula
1 1/2 st serbuk yis
gula icing untuk salutan pada donut

Cara2 nya
Saya campurkan semua bahan kedalam bekas dan adun hingga menjadi doh. Perap selama 1 jam atau hingga adunan naik 2 kali ganda. Tumbuk2 aduanan dan buat bulat2 kecil dan tinggalkan lagi hingga naik 2 kali ganda lagi... sediakan minyak untuk menggoreng. buatkan lubang sebelum menggoreng. kalo ada acuan terap kan dan tunggu adunan naik dulu... goreng ketika minyak belum panas kerana donut ni sgt sensitif... nnt kaler dia x cantik la pulak....

Friday, February 10, 2012

Kuih Sri Ayu


Semalam masa balik kerja ternampak la acuan kuih ni... aku pun bli la 2 dezen, so dah sampai rumah bermula lah kerja2 nk memasak kuih ni... senang dan yang paling best kuih ni adalah kuih peberet aku... huhu... kalo nk cuba boleh la amik resepi kat bawah ni yer... bahan2 aku dah suaikan ikut anak tekak aku nih....

Bahan2
2 biji telur
2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
3/4 cawan santan
1/2 sb ovellete
1/2 sb baking powder
2 st perasa pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit esen vanilla
Kismis secukup nya
(yang original pakai kelapa+sedikit garam dan sedikit tepung ubi)

cara2

-panaskan kukusan yer.
-pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan ovellete pukul lagi sampai gebu dan berkrim.
-masukkan baking poeder, tepung dan santan berselang seli. Kemudian masukkan perasa pandan, esen dan pewarna hijau. pukul hingga sebati.
-sapu acuan sri ayu dengan minyak supaya senang dikeluarkan nanti.
-masukkan kismis kemudian tuangkan aduanan tadi dalam acuan, kukus selama 5 minit.
-sedia untuk dihidangkan...





Wednesday, February 8, 2012

Kuih Tepung Talam Gandum


Kuih ni dah banyak kali aku cuba... macam macam resepi aku dah try... tapi alhamdulillah... kali ni menjadi.. seronok sangat.. anak2 kata sedap la kuih ibu ni... kembang idung sekejap... :D

Bahan2 (loyang 7")

bahagian Bawah
1 1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula pasir
3/4 cwn air gula merah (250g gula + 1cwn air dimasak dan ambil secukup nya)
2 cwn santan cair
sedikit air kapur

Bahagian Atas
2 cwn santan pekat
3/4 cwn tepung gandum
2 sudu kecil garam

Cara-cara
-Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
-Satukan semua adunan bahagian bawah. Blend pun boleh. Tapis ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
-Buka kukusan. Lap air yang ada diatasnya dgn tisu sampai kering.
-Sediakan adunan bahagian atas pula. Jgn blend, cukup dngan memnabcuh menggunakan pemukul telur biasa.
-bila semua bhn dah sebati, tapis dan tuangkan keatas bahagian bawah tadi.
-Kukus selama 30 minit. Buka penutup kukusan dan biarkan lagi selama 10 minit.
-Tutup api, angkat dan sejukkan kuih.
-Potong dan hidangkan...




Tuesday, August 23, 2011

Kuih Seri Muka

Juadah berbuka puasa hari ke - 23


Hari ni sempat buat kuih seri muka ni masa balik lunch tadi.... memang suka sangat makan kuih ni tapi selalu buat x berapa menjadi... pasal tepung la... kukus lama pn x boleh... hari ni punya la best bila buat dah jadi...

bahan2
lapisan bawah
1 cwn pulut
1 cwn santan cair
garam secukup rasa

lapisan atas
1/3 cwn gula
1 biji telur gred A
100ml pati santan
270ml air daun pandan (jus pandan dr 4 helai daun)
2sb tepung jagung
1/2 cwn tepung gandum
secubit garam @ secukup rasa
sedikit air kapur

cara2
masukkan pulut, santan cair dan garam dan masak dalam rice cooker .. pulut tu bersihkan dulu yer..

sediakan bahan utk lapisan atas pulak...
masukkan telur dan gula.. kacau sebati.. campur santan dan jus pandan... pas tu ayakkan tepung jagung dan tepung gandum... kacau sebati.. masukkan air kapur dan garam..

panaskan kukusan... ratakan pulut dalam loyang,,, padatkan taw... kemudian tuangkan lapisan atas tadi atas pulut... kacau skit sebelum tuang.... kukusla selama 45 min...
sejukkan sebelum dihidang yer....







Sunday, August 21, 2011

Pulut Panggang @ Pulut Udang

Juadah berbuka puasa hari ke - 21








Ni la dia pulut panggang.... ader jugak yang panggil kuih ni pulut udang.... senang je nk buat ni.... yang penting rajin ke malas... hu

Serunding Kelapa
bhn2:
3 biji bawang merah*
2 batang serai*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup*
1 sb udang kering/udang kepal*
2 biji cabai kering*
1 cwn kelapa parut
sedikit minyak
garam dan gula secukup rasa...


Cara2 nya:
Kisar semua bahan yang bertanda * tu... tumis ngn miyak... bila dah agak2 garing skit tu masukkan jer kelapa parut tadi... tambah garam dan gula... kalo nk manis skit letak la gula tu lebih skit... kacau sampai sebati.... dah agak2 kering skit tutup api...

Untuk pulut dia cam biasa ler... 1 1/2 cwn pulut + 1 1/2 cwn air + garam skit + santan pekat dlm 1sb gitu.... masak jer dalam rice cooker... (pulut tu bersihkan dulu la ek)...

Cara2 nak balut dia ngk jer kat gambar atas tu... senangkan... ???

Nak buat kuih ni daun pisang kena layor dulu atas api... kalo x taw layor, bahasa lain nya salai yer... tujuan kita layor daun tu cuma nak bagi senang lipat jer.. kalo x layor nanti daun tu rapuh dan senang koyak... :P



Saturday, August 20, 2011

Agar-agar Tembikai

Juadah berbuka puasa hari ke - 20






Pernah makan agar-agar tembikai tak?! Senang je nak buat tau..

Bahan-bahannya:
20 gm agar-agar tali
600 ml gelas air

3 biji putih telur (gred A)
2/3 cwn gula pasir
sedikit Esen vanila

sedikit Pewarna Merah

sedikit Pewarna Hijau

99.9% Kesabaran

Cara2 nya:
Mula-mula masak agar2 ngan air sampai agar-agar betul2 hancusss. Pastu masukkan gula pasir, masak sampai gula hancur. Rasa dulu r, kalau x manis tambah lah gula lagi..

Sementara nak tunggu gula hancur...
sediakan bekas yang separa bulat..mangkuk ke, besen pun boleh... masukkan putih telur ngan esen vanilla, pukul sampai kembang.

Masukkan agar2 tadi tu ke dalam telur yang telah kembang.
pastikan agar2 tadi x panas sangat... x suam sgt... pukul campuran telur dan agar2 sampai agak2 suam2 kuku . Selitkan 99.9% kesabaran disini yer... muahahaha...

tuang sedikit pewarna merah ditengah2 adunan tadi.. kacau la dengan spatula, sudu pn boleh... pastikan kaler merah tu x kena kat bawah dia... nnt x cantik... lepas tu masukkan dlm peti sejuk...

bila dah beku keluarkan dari acuan tadi.... kena telangkupkan dia taw...
ambil sedikit pewarna hijau sapu
pada bahagian putih kat permukaan dia pulak.. pastu potong..... pastu makan..... pastu three he.. he..



Friday, August 19, 2011

Kuih Getas

Juadah berbuka puasa hari ke - 19


Ni la dia kuih getas... kuih org dolu2... hu.. teringat nostalgia masa kecik2 dulu... mak memang suka buat kuih ni...
dah lama sangat x makan... mana ada jual kat bazar ramadhan ni... (kat area rumah aku ni la)...
pada sesapa yg nk cuba... silakan...

bahan2
1 cwn tepung pulut
3/4 cwn kelapa parut
80 ml air
sedikit air kapur
sedikit garam
2 sb gula pasir (untuk disalut pada kuih yer)

cara2
masukkan jer suma bahan tu dalam bekas... gaul sampai x melekat ditangan...
panaskan minyak dalam kuali...
bentuk2 kan adunan tadi ikut suka hati yer... (acara bebas..hahaha)
goreng dalam minyak tadi... balik2 kan kuih tadi...
apabila agak kekuningan, angkat... ulang hingga habis adunan...

masak gula tadi dgn sedikit air (sikit sgt taw)... bila dah pekat dan bertali masukkan semua kuih yang telah digoreng tadi...
hidangkan...
sedap dimakan panas2...

p/s:: adunan tadi akan meletup sedikit semasa digoreng... berhati2 jgn sampai kena minyak panas yer...





Thursday, August 18, 2011

Buah Melaka

Juadah berbuka puasa hari ke - 18


Buah melaka ni lupa la nak amik sukatan adunan dia... anggaran sahaja.... boleh la kalo nk cuba...

Bahan2
1 1/2 cwn tepung pulut
2 helai daun pandan (ambil jus nya)
sedikit pewarna hujau
gula melaka dipotong dadu
sedikit kapur makan
sedikit garam
kelapa parut

Cara2
cairkan garam bersama jus pandan.. titik beberapa pewarna hijau..
tuang campuran tadi sedikit demi sedikit kedalam tepung..
uli tepung hingga lembut dan tidak melekat ditangan..

kelapa parut campur sedikit garam dan digaul rata.. kukus sebentar...

didihkan air didalam periuk...bulat2 kan adunan tadi dan letakkan gula melaka ditenagh2 nya... letakkan dalam air panas tadi... buah melaka akan timbul apabila sudah masak... angkat dan gaulkan bersama kelapa parut tadi...
ulang kaedah yang sama hingga habis adunan tadi...
hidangkan...
sedia untuk dimakan...



Wednesday, August 17, 2011

Kuih Lopes & DONUT

Juadah berbuka puasa ke - 17




Resepi untuk donut ni dah diolah sendiri... cubalah... senang sangat2....

DONUT

Bahan2
2 cwn tepung gandum
2 sb planta/margerin
2 st yis mauripan
3/4 cwn (susu segar + 2 sb gula +1 st garam)

Cara2
campur semua bahan dalam mangkuk... uli hingga adunan tidak melekat ditangan..
ketepikan adunan.. biarkan adunan naik sekali ganda...
uli lagi adunan dan bulat2kan (buat bentuk donut la)...
ketepikan lagi... biar donut tadi naik sekali ganda semula....
Panaskan minyak.... goreng donut yang dah naik tadi... taburkan gula icing...
sedi untuk dihidang...


Sunday, August 14, 2011

Puding Sagu Gula Melaka

Juadah berbuka puasa hari ke - 14




Kuih ni kat hotel E & O pun ada.... bukan org kampung jer yang makan ekkk....

Bahan2
1 cwn sagu
1 tin susu cair*
6 sudu besar gula melaka hancur
1 sudu besar gula pasir*
air secukupnya

cara2:
1.mula2 rebus sagu sampai kembang.guna api sederhana n kacau sampai kembang. sagu ni ikut suka korang nak banyak mana. nak banyak, rebus banyak, nak sikit, rebus la sikit. aku guna lebih kurang 1 cawan sagu, pastu rebus ngan air.air biar lebih takpe..takde sukatan air utk rebus berapa asal air lebih. bila dah kembang,tutup api, masukkan sagu dalam tapis, lalukan bawah air paip, untuk buang kanji nya. pastu baru la letak dalam bekas. pastu masuk peti sejuk.

2. masak bahan yang bertanda * didalam periuk guna api sederhana sampai menggelegak sikit.pastu tutup api.simpan dlm peti sejuk.

3.Cair kan gula melaka dan simpan dalam peti sejuk jugak..

kuih ni dimakan bersama gula melaka dan susu cair tadi.

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Suji

Juadah berbuka puasa hari ke - 10


Kuih ni mak mertua suka buat... memang sedap... husben pun suka... so, hari ni buat untuk juadah berbuka puasa...

bahan2
600 ml air
200ml susu cair
1/2 cwn gula
1/2 cawan tepung suji
2 helai pandan
1" kulit kayu manis
1 st garam
1 sudu minyak masak/minyak sapi
1/2 cwn kismis hitam (digoreng)

cara2
didihkan air bersama pandan dan kulit kayu manis. Setelah mendidih buangkan daun pandan dan kayu manis.
masukkan gula dan susu cair. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung suji sedikit demi sedikit.
Kacau hingga adunan pekat. Masukkan minyak masak dan 2/3 kismis yang digoreng. Kacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan lebihan kismis tadi diatas nya...
Sejukkan sebelum dihidangkan...

*kismis digoreng dalam minyak panas.. angkat bila dah kembung..

Tuesday, August 9, 2011

Maja Blanca - Kita sebut maha blanka~

Juadah berbuka puasa hari ke - 9


Hari ni buat juadah ni untuk berbuka. Kuih ni adalah kuih tradisi dari phillipines..

bahan2
1/2 cwn tepung jagung
1/3 cwn gula
1/4 cwn air
2 cwn santan (boleh ganti ngn susu)
1/4 cwn jagung dlm tin *kisar kasar
1/4 cwn kismis * kisar kasar
1/2 cwn kacang hancur - untuk topping yer.
1 st garam.

Cara2
masukkan tepung jagung, gula, air dan santan dalam . Kacau hingga sebati.
Dah sebati campur pulak jagung dan kismis.
masukkan dalam periuk. Masak semua bahan tadi atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
Tuang dalam loyang yang telah disapu dgn minyak.. (supaya tidak melekat)
Kemudian taburkan kacang tanah pada permukaan nya...
sejukkan sebelum dihidangkan....

Puding Karamel

Juadah berbuka puasa hari ke - 8





Puding Karamel ni buat untuk buka puasa semalam. Nak buat pun senang... rasa pun sedap..

Bahan2
5 biji telur ayam
150ml susu cair
150ml susu pekat
150ml air
1 1/2 sb tepung jagung (tepung kastard pun boleh)
1 st esen vanilla
1 st garam
3 sudu gula untuk dibuat gula hangus yer..

Cara2
hanguskan dulu gula yer... tuang dalam bekas dan biarkan sejuk dulu.
Panaskan kukusan. Guna api sederhana sahaja.
Sementara tu sediakan adunan yer..
campur semua bahan diatas (kecuali gula taw)..
kacau hingga semuanya sebati.
Lepas tu tuangkan adunan tadi ke dalam gula hangus yang dah sejuk tu...
sedia untuk dikukus...
kukus selama 30 min ke 40 min.
Bila dah masak alihkan dalam bekas.
Sejukkan dulu sebelum dihidangkan...



Monday, August 8, 2011

Kuih Untuk Berbuka | Puasa ke-6 dan ke-7

Pulut Serunding

Senang sgt nak buat juadah ni...
masak jer pulut, buat bulat2 pastu golekkan dalam serunding daging...
dah siap...

Cara nak masak pulut:-
bersihkan 1 cawan beras pulut dulu.
letak dalam rice cooker...
tuang air satu cawan + agak2 2 sudu santan + garam secukup rasa.
Tekan switch... tunggu je smpi masak...



Kuih Cara Manis

Bahan2
100g tepung gandum
100ml susu segar
100ml jus pandan dari 4 helai daun yg dikisar
1 biji telur ayam
1 st esen vanilla
sedikit garam
sedikit air kapur
beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir untuk inti

cara2
campur semua bahan diatas kecuali gula....
kacau hingga sebati dan tidak berketul2..
panaskan acuan di atas api sederhana...
sapukan dengan sedikit minyak,
tuang adunan kedalam semua acuan..
kemudian letakkan inti gula ditengah2... tutup acuan
angkat bila dah masak..
ulang langkah tadi sampai adunan abis...




Wednesday, August 3, 2011

Kuih Tako + Tepung Pelita

Juadah berbuka puasa hari ke - 3





inilah hasil nya... Kuih TATA

Pada sesiapa yang nak try resepi ni boleh la... memang senang dan cepat.... sedap pun sedap bila makan sejuk2 gitu...

Bahan-bahan ( Boleh dpt 20 bekas daun pandan )

Lapisan bawah
500ml air - termasuk air perahan daun pandan
35gm tepung jagung
1/2 cwn gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
4 helai daun pandan-di blender

Bahan2 lapisan atas (putih @ santan)
400ml santan - saya guna santan kotak 200ml, tambah air jer ;)
25gm tepung beras
10gm gula
1 sudu teh garam

Cara-cara

UTK LAPISAN ATAS (HIJAU) :
Daun pandan diblender, ditapis dan dapatkan jusnya, tambah air sehingga 500ml. Masukkan tpg jagung, gula dan garam. Kacau di atas api sederhana hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan (separuh ketinggian acuan).

UTK LAPISAN BAWAH (SANTAN) :
Masakkan santan, garam dan tepung beras hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan.

Sejukkan sebelum dihidangkan...

Wednesday, July 6, 2011

Kuih Wajik | pulut kacau Delima (kuih tradisional)



Saya baru jer cuba kuih ni... memandangkan hari ni duduk jer kat rumah... so, cuba jer la resepi ni... anak2 suka sgt makan... cara pun senang... cuba ler...



Bahan-bahan:

500g beras pulut
400g gula pasir
1cwn air
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit sirap rose

Cara-cara:

*Kaedah menggunakan rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)

masak gula pasir dengan 1 cawan air sehingga larut & mendidih. Kemudian masukkan sirap rose, daun pandan & secubit garam

Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil

Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dimasak tadi dan gaul rata

Setelah agak kering, keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang.. Sejukan..dan sedia dipotong..

Saturday, May 28, 2011

Kuih Serabai


Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (dikisar)
1/2 bungkus dry yeast
1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan
sedikit gula
air secukup nya
garam secukupnya

cara2 nya:-

a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang
b) campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang (adunan hendaklah sedikit pekat)
c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
e) panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah masak, (warna akan bertukar biladah masak).
ulang hingga adunan habis.

Kuah Manis

campurkan santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan durian(optional). Masak dengan api perlahan, jgn biar mendidih. Cairkan 3 sudu tepung gandum dengan air. Masak lagi hingga agak pekat. Sedia untuk dihidang.



Wednesday, December 30, 2009

Apam Polkadot



Baru jer buat petang semalam... satu adunan dapat lebih kurang 60 biji small cup... dah tinggal berapa biji jer lagik...


Saper2 yang nak cuba ni resepi nya...:-


3 biji telur
180g gula halus (saya x suka manis, kalo nak manis sukatan 200g)
275g tepung gandum
3 st baking powder
170ml susu segar (pakai susu sejat pun x per)
1 st ovallete
filling secukupnya (bluberry, strawberry, etc....)
esen vanilla dan pewarna


cara-cara nya:-
  • pukul telur dan gula hingga kemmbang dgn kelajuan maksima selama 10 minit. Kemudian masukkan susu, esen vanilla dan ovallete, pukul lagi. Masukkan tepung dan bakung powder sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan dgn mixer sehingga sebati dan adunan menjadi gebu.
  • Bahagi kan adunan kepada beberapa bahagian. Titiskan pewarna mengikut citarasa. Masukkan setiap warna kedalam piping bag (plastik biasa pun boleh).
  • Picitkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas yang telah disusun dalam acuan apam. picitkan filling secukupnya. Kemudian picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Lastly dot dot kan dengan warna pilihan.
  • Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus.