Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, July 23, 2017

MEE KARI SEDAP DAN MUDAH!

MEE KARI SEDAP DAN MUDAH!

Mee kari klu kena dengan rencahnya memang power, ada kerang, udang dll. Terangkat beb! Try la..

Bahan-Bahan Resepi Mee Kari

1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan
4 sudu besar rempah kari ikan *
2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)
1 keping asam keping
1 kiub pati ikan bilis Knorr
2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)
5 cawan air
1 cawan isi kerang atau lebih
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak masak utk menumis
2 keping fishcake- di potong nipis
10 ketul fish ball- di belah 2

Bahan Untuk Dikisar

5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Bahan Untuk Tumis:

1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 batang serai- di ketuk
Bahan Mee dan Hiasan:

1 kilo mee kuning di celur dan toskan
Daun bawang dan daun sup- di potong2
2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua
cili merah atau cili jeruk
sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
4 biji limau kasturi, cuci dan belah
Bawang goreng

CARA-CARA:

Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk.
Masukkan air, kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping.
Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, angkat dan hidangkan.
Siap!

Resepi 2 ( k.caq style)

Mee Kari
1 peket Rempah kari babas daging
2 btg serai ketuk

Tumis
2 bk bwg putih
3 bj bwg kecik
1 kayu manis
2 biji buah pelaga
2 cengkih/
2 lwang
Setangkai 
Daun kari..
Tumis sampai naik minyak... masukkan santan cair,  serai... dan keledak.

1 bj ubi keledek rebus dan blend.

Mendidih masukkan fish ball, ayam dan kerang. (resepi rahsia masukkan ketam sekor)

250g santan
Sepeket mee kuning

SOTO AYAM KEBABOM

RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM BOM

SUP AYAM

BAHAN
1. Ayam seekor potong kecik kecik
2. Bawang kecik merah 4 biji (hiris)
3. Bawang putih 3 bijik (hiris)
4. Halis dua inci (hiris nipis)
4. Kayu manis sebatang
5. Bunga lawang 1 kuntum
6. Biji pelaga 3 biji
7. Rampah sup babas 4 sudu dibancuh
8. Garam
9. Air asam jawa
10. Serbuk Lada putih 1 sudu

Cara masak
1. Tumis bahan yang dihiris bersama bijik pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.
2. Masuk bancuhan rempah sup.
3. Masuk kan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tu keluar air.
4. Masukkan air dua mangkuk
5. Tambah garam, lada putih.
6. Tutup dan biar mereneh.
7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Perasakn dengan garam atau mana2 yg tak cukup.. Agak2 la.hihi
8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuks.

Resepi begedil daging mudah

Bahan
1. Kentang 5 biji yang direbus
2. Bawang goreng. Yang ni sedap kalau gireng sendiri. Anggaran 4 bijik bawang kecik merah
3. Daging hancur kalau pakai yang ramli tu pakai satu belah je dan tumis dengan minyak dengan lada hitam
4. Daun sup
5. Lada putih
6. Garam secukupnya

Cara masak.
1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.
2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.
3. Gaul2 je macam biasa.
4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.
5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti bila goreng tak hancur.
6. Mase nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng smpai keperangan.

3. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.

4. Sambal kicap senang je.. Potong cili pastu taruk la kicap😝

5. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng untuk accesorinya😅 ada sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik2 isinya buat tambah sedap.

Pastuu siap untuk dihidang. Resepi atas ni naggaran untuk 5 orang sebab ayam seekor..

credit : Nur Adiba Hassan

Monday, August 22, 2016

KEK KARAMEL TERBAIK LAH!!!

Assalamualaikum....
Lama sgt dah rasa nya x buat kek² bagai... bz sesangat dengan baby baru.
Hari ni buat pasal kawan² nak rasa dessert air tangan ku... haha... jadi kek ni jadi pilihan sebab suami dan anak² pun memang suka sangat....
Kalo uoollsss nak cuba boleh amik resepi ni ok.... macam biasa... kek ni x manis sgt sbb saya x suka yg manis².... Kembang tekak nanti..

Ni la rupa kek yang dh masak dan dah siap potong... Tinggal nak ngap je...

Ok... jum tengok resepi ni.... bahan² pun senang dapat....

Lapisan Gula Karamel:
60 gram gula
1 sudu besar air

LAPISAN KARAMEL:
3 biji KUNING TELUR
3 biji telur saiz A
500 gram susu cair @ susu dalam kotak (jangan guna susu tepung)
70 gram gula
2 sb tepung jagung
sedikit esen vanila (jika tak nak hanyir)
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.

Adunan Kek Bahan 1:
70g gula Kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu the baking powder
Matikan  mixer Dan masukkan tepung Dan bakes powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque :
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh Krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak. Nak bahagi kpd 3 atau 4 adunan pun boleh... terpulang pada anda..
Saya letakkan pewarna pink dan hijau je... anda juga boleh letak warna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau yg first tadi.
Buat begini sehingga habis adunan.

Dah siap lapisan kek ni.. tunggu nak masuk dalam oven je,


Panaskan oven terlebih dahulu. Ayu panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ayu tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath:
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.

Zara dah tak sabar nak makan kek tu....


Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Ni balance adunan je pun... dapat lah banyak ni..



Ok... senang kan... selamat mencuba...

Friday, May 22, 2015

Taufufah Sedap Lembut dan Licin...

Assalamualaikum....

Ya Allah...
Lama betul x update blog ni kan... Sawang dah penuh kot... hahahah...
Ni akibat cik Ma*** yang dok melekat kuat ni ha...

Okey lah.... hari ni actually ayu nak share satu lagi resepi yang best.... Memang dah lama sangat nak try buat dan makan hasil buatan sendiri... tapi malas punya pasal....

Ha... Alkisah nya... lately ni boleh kata seminggu 2 kali kita mesti wajib ke pasar malam... nak beli taufufah punya pasal la.... satu bekas kecik rm1.50... beli 2 bekas..... ish.. mana cukup... so beli 5 bekas... tu sebab ank sulung x suka makan.... kalo dia suka mkan dah kena beli 6 bekas kan...

So, teringat la balik.... kita dah lama simpan resepi ni... tapi x pernah buat lagi... so, bermulalah pencarian bahan2 untuk taufufah ni..... 

Bahan utama pembuatan taufufah ni nama dia SEKKO... kat mana nak beli yer??? jalan2 kat google street ramai yang suggest beli kat kedai sensei.... so, kita pun pergi la kedai sensei yg ada ka kawasan ni... satu tu je pun yang ada.... pergi hari isnin... TUTUT... Selasa..TUTUP... Rabu pun TUTUP....
Ish.. dugaan betul la.... BANKRUP dah kot uncle ni.... 

Kita still x putus asa... nak juga buat....pas tu pergi cari GDL pulak kat kedai bakeri.... Alhamdulillah... Jumpa pun.... So bermulalah perjalanan membuat taufufah kita ni...

Panjang lebar pulak yer... hahaha... 

Percubaan pertama.... kita buat ikut resepi... pergh.. memang menjadi.... tapi ank complain ada rasa masam skit.... x pe... kita buat research lagi... kenapa dan kenapa....

Esok tu x puas hati kita buat lagi guna resepi yg kita dah ALTER sendiri... ish... takut jugak x jadi... tapi TAWAKAL... InsyaAllah...

Ni resepi yang kita guna...

Bahan2
300 g soya... (basuh bersih rendam 3 jam..
2 liter air..
3 sudu besar tepung jagung..
1 sudu teh serbuk gdl..
200 ml air suam..
2 helai daun pandan..

Cara²..
1- Soya yg dh rendam tu blender dgn 2 liter air.... pastu tapis dgn penapis kain... (yg mamak guna tapis teh tarik- - tu)

2- Masak air soya tu... kacau selalu jgn bagi meruap taw.... nak bg wangi letak daun pandan...

Sementara tunggu mendidih... bancuh GDL + TEPUNG JAGUNG dengan AIR SUAM... Tuang siap² dalam tupperware..

3- Bila air soya dah mendidih... kocak skit tupperware yg letak campuran tepung jagung tu... pastu tuang air soya macam tuang teh tarik tu... kalo boleh tuang kat bahagian tgh jer....

dah habis tuang buang buih cepat2 pas tu tutup rapat²...
Tunggu sejam.... dalam masa sejam tu jgn alihkan atau goyang² bekas tu...

** Kita letak tupperware tu dalam periuk besar je....


NAK BUAT AIR GULA PULAK LA OK....


Bahan-bahan air gula :

1 cawan gula pasir + ½ biji gula melaka
½ jug air
Sehelai daun pandan

Cara-caranya:

1.Masukkan semua bahan.
2.Tunggu sehingga mendidih dan agk2 daun pandan dah layu dah harum boleh angkat dan sejukkan.

Okey.... Kita sambung cerita pulak... second time ni anak2 semua dah x sabar nak MAKAN... itula... penangan air tangan ibu...

Alkisahnya anak yang SULUNG tadi... makan punya la BANYAK..... hahahaha...
Siap kata IBU BUAT SEDAP SANGAT... YANG BELI TU X SEDAP... ALHAMDULILLAH...
TAUFUFAH buat kali ni tak sempat sejuk dah LICIN...

MEMANG PUAS HATI SANGAT2... 

 Ni gambar TAUFUFAH yang first kita buat.... yang second x sempat nak snap.... hihi


Ni la dia GDL beli kat kedai bakeri... Nama penuh dia Gluco Delta Lactone

Saturday, October 5, 2013

CUCUQ BAWANG KEMBANG & TEMBAM YANG SEMPOI

Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak sharing2 resepi kat sini... bukannya apa... hujung2 tahun ni almaklum la... busy dgn macam2 tempahan... ada yg nak kek2 la, pavlova budget la, tartlets la, crepe's lagi... mmg tak berapa nk menang tgn la... apa pun syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan rezeki... Alhamdulillah....
Hurmmm... panjang pulak bebelan aku ni yer... huhuu... sorry... okeylah.... jum kita "straight to the point" kata omputih la... hihi...
Xcelly resepi ni inspirasi dari Myresepi(memmetlenggeng) dan rujukan dari blog CMG... tapi aku dah alter hampir 50% dari resepi asal ni... huhu... ikut bahan yg ada kt rumah jer... (malas nk keluar beli barang sebenarnya)...
Cucuq ni sangat seswai dimakan bersama sos lada atau pun kuah kacang... memang terangkatLAHHH...!!!

okey jum nengok resepi :
CUCUQ BAWANG KEMBANG

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
segenggam udang kering
sebiji bawang besar dimayang
1/2 sudu teh yis mauripan
1 st garam
1 1/2 cwn + 2 sb air suam

Cara2nya: 
• masukkan garam dalam air (larutkan yer)
• Campurkan bahan2 lain dan gaul sebati... campurkan air sambil dikacau supaya tepung tidak bergentel2 ya... adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair...
• Perapkan adunan selama 30 minit sebelum digoreng.

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM
Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. 

SOS LADA 
Bahan2nya:
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir- Liza guna nise 
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

• Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. 
• Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. 
• Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

KUAH KACANG 
Bahan2nya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar atau 
beli yang telah siap dikisar 
2 batang serai - dititik 
*3 sudu besar gula perang atau gula merah 
3 sudu besar gula putih 
3 keping asam gelugor (asam keping) 
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
Garam secukup rasa 
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka 
¾ cawan marjerin 
¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar): 
100 g cili kering 
8 batang serai – dihilis halus 
2 biji bawang besar – dipotong kecil 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
3 inci halia 
2 inci lengkuas 
½ inci belacan 
Air secukupnya untuk mengisar 

Penyediaan Bahan-bahan B: 
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara membuat kuah kacang: 
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih. 

*Kuah kacang akan menjadi warna merah gelap sekiranya kita gunakan gula merah, tetapi sekira digunakan gula perang, warna kuah kacang akan berwarna merah terang.

**resepi kuah kacang diambil dari blog ResepiSajianBonda


Saturday, July 13, 2013

Puding Marbel Puding Lapis

Assalamualaikum kawan2 semua... duh duh.... lama sungguh x jenguk ke blog ni... sawang dah penuh la sesangat... Salam ramadhan buat semua... hurm... hari ni ada sedikit kesempatan untuk share resepi pencuci mulut ketika  berbuka nanti... sedap sangat... jum cuba sekarang... bahan simple je... mmg selalu ada kat rumah kan... yuk...



Puding Marble Puding Lapis

Bahan2 A
10g agar2 serbuk
3/4 cawan gula
3 cawan air
• masak bahan diatas

Bahan2 B
1 cwn air
1/2 cwn susu pekat
2 biji telur ayam
4 sb susu tepung
4 keping roti
• blander jer semua bahan2 diatas okey..

Cara2
•bahan A masak dengan api sederhana. Campurkan bahan B kedalam bahan A tadi. Kacau... tutup api bila dah mendidih manja2 gitu... kira bagi mendidih skit je la yer... 
• bahagikan kpada 2 bahagian.. tambah kan coklat emulco atau apa2 yg korang suka la... 
• Tuang selang seli dalam dulang okkey... anggaran 1/2 cawan setiap adunan. lepas tu sejukkan dulu baru boleh dihidang...

SEDAP  SANGAT MAKAN SEJUK2 TAW.... yummy




Saturday, May 25, 2013

KUIH BAKAR PANDAN ALMOND FLAKES

Assalamualaikum...
Lama rasa nya tidak bersiaran... sibuk la jugak... tapi mood kureng nak update blog nih... haha... Ari ni kan cuti... cuti sekolah pun dah start... meriah la sangat rumah ni... Ari tu beli kuih-muih... tak cukup.. budak2 tengah nk membesar agak nya... makan pun banyak... so, ari ni mummy diorang x nk pi beli lagi dah... buat sendiri... boleh mkn puas2... siap boleh bagi kat jiran2 lagi...

Nak jadi cerita.... dulu selalu dah buat kueh ni... tapi tak pasti ada share ke tak resepi nya... Kali ni buat ada tukar skit bahan2 nya... ikut apa yang ada kt rumah je la... jum.... layan resepi dulu... 

Bahan-bahan ( loyang 7 inc )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 /2 cawan gula halus
1  cawan santan pekat
1  cawan air pandan (3 helai atau air + pandan pes)
1/2 tin susu cair
1 1/2 sb minyak jagung
1 st garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau 
sedikit Almond Flakes - untuk tabur
Cara-cara

 Campurkan kesemua bahan kecuali Almond flakes dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
 Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
 Bakar selama 1 jam 20 minit suhu 170c atau hingga masak.

 Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

Saya pulak mmg suka kuih bakar yg ada kerak2 tu... jadi, 15 min terakhir saya bakar dengan api atas sahaja.... yummmy... 






Yang ni versi potong panas2... x sabo nyer pasal... hihihi...


Saturday, March 30, 2013

alahai... RED RUBY ku...

assalamualaikum...
kali ni aku nk cerita pasal RED RUBY... resepi ni mmg dah lama simpan.. dari hari ke sehari nak buat... tapiiii..... x buat2 jugak...

sampailah pada 2 hari lepas Boss kat tempat keja ni belanja la group kitorang yg the best nih... dia bawak makan kt Restoran Thai... makanan dia fullamak... best, lain dr yg lain dan tomyam dia amatlah pedas... pedih perut jadi nya....
So, dah settle suma makanan lastly di hidangkan dessert... RED RUBY rupanya... mmg x pnh jumpa before nih... biasala... bila dh mkn kt kedai mna nak puas nya... kita pun godek punya godek nk cr balik resepi yg dah dekat setahun terkubur... jadi nya hari ni petang2 kita sejukkan tekak dengan RED RUBY hasil ayaq tangan sendiri... Jum nengok resepi...

Bahan-bahan :

10 biji sengkuang cina
1 st serbuk pewarna merah
Tepung ubi secukupnya
1 kotak santan m&s atau 1/2 kotak KARA* (1 biji kelapa)
200 ml susu cair*
2 st garam*
6 sb gula atau secukupnya*
400 ml air panas*
Ais (atau sejukkan campuran santan dalam peti ais)
Beberapa ulas buah nangka


Cara-cara:
UNTUK RED RUBY
•Potong dadu sengkuang dan basuh bersih.
•Rendam dalam air yang telah dicampur dengan pewarna merah kira-kira setengah jam.
•Toskan dan gaulkan dalam tepung ubi.
•Sediakan air rebusan hingga mendidih.
•Sediakan juga air sejuk dalam bekas berasingan.
•Masukkan sengkuang tadi anggaran segenggam pada satu-satu masa ke dalam air rebusan. Cara merebusnya sama seperti membuat Buah Melaka. Red ruby ini akan timbul apabila telah masak.
•Angkat red ruby ni dan masukkan dlm bekas berisi air sejuk.

UNTUK KUAH
•Campurkan santan dengan garam. Masukkan air panas, gula dan susu cair.
•Masak secara double-boiler.
•Seimbangkan rasa lemak manisnya.
•Sejukkan Kuah nya terlebih dahulu.
•Hidangkan bersama nangka dan lagi sedap dihidang dengan ais.








Wednesday, March 6, 2013

LEPAT PISANG KUIH TRADISI

Assalamualaikum....
Hari ni seronok sangat sebab dapat makan lepat pisang air tangan sendiri... dah la memang peberet sejak kecil lagi... resepi ni pulak amaaaaaat lah sedap dan senang okkeyyy... rajin atau malassss sahaja... Thanks pada my best fren yg dah share resepi ni @ fadhlina... kata nya resepi ni dari ibu mertua nya yg tinggal di Johor.... jum sediakan bahan....

Bahan2
10 biji pisang awak
1/2 kotak santan
1 sb tepung jagung
1 sb tepung ubi
secubit garam
gula mengikut citarasa
tepung gandum agak2

Cara2
Blend pisang, nk lenyek pun boleh.. kemudian masukkan bahan2 lain kecuali tepung gandum...

Gaul sebati.. Akhir sekalu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.

Kukusan hendaklah dipanaskanbterlebih dahulu.. kukus selama 30min atau hingga masak...

Sedia dihidang... nyum nyummm...

Monday, February 25, 2013

TIPS DAN TEKNIK ASAS MENYEDIAKAN MUFFIN PLUS RESEPI


Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.

Diana sudahpun berikan sedikit tips untuk membuat muffin, sekarang adalah masanya untuk kita cuba membuatnya pula. Kebanyakkan resipi yang Diana kongsi bersama adalah dari Chef Wan dan dapat dihimpunkan 14 macam resipi muffin kesemuanya. Selamat mencuba, dan jangan lupa feedback.

TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP.

Apple Nut Muffins
Hidangan: 6 keping muffins
Bahan-Bahannya
Untuk "adunan kering"
1 cawan(125 gram) tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk soda
1 sudu teh penuh serbuk penaik
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan badam, dicincang
3 sudu makan gula kaster
Untuk "adunan basah"
1 biji telur
3 sudu makan sos apel (makanan untuk bayi)
4 sudu makan yogurt rendah lemak
1 sudu makan minyak tidak tepu
1/2 cawan apel hijau - yang telah didadu
Untuk taburan:
1/2 sudu makan gula perang (brown sugar)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar kepada 200C.
2. Gunakan dua lapisan kertas diatas tin pembakar muffin.
3. Persiapan untuk "adunan kering":
Masukkan tepung gandum, serbuk soda, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam ke dalam mangkok yang sederhana lalu dibancuh hingga sebati. Tapis adunan.
Campurkan gula dan badam. Bancuh sekali lagi.
4. Persiapan untuk "adunan basah":
Pukul telur di dalam mangkok yang besar diikuti dengan sos apel, yogurt dan minyak, lalu dibancuh hingga sebati.
Kemudian masukkan apel yang telah didadu dan bancuh lagi.
5. Akhir sekali masukkan "adunan kering" ke dalam "adunan basah". Gaul rata aduan itu, tidak melebihi 15 saat.
6. Masukkan satu sudu makan penuh adunan dalam tin pembakar muffin, lalu taburkan gula perang ke atasnya.
7. Bakar selama 15 hingga 20 minit sehingga ia benar-benar masak.

APPLE PECAN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 sudu teh parutan kulit orange
3 biji epal, buang kulitnya dan potong dadu
1/2 cawan kacang pecans, dipanggang dan dicincang
20 biji kacang pecan untuk hiasan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul telur, gula, minyak, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit limau. Masukkan adunan kering dan kacau rata. Masukkan epal yang telah didadu dan kacang pecans yang telah dicincang.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan hiaskan dengan sebutir kacang pecan diatasnya. Bakar pada suhu 175 darjah C untuk setengah jam.

APPLE RAISIN MUFFINS
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk all spice
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 cawan sour cream
4 sudu besar mentega, dicairkan
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan dipotong dadu
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang walnut, dicincang

Topping
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk all spice dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas berasingan campurkan gula, sour cream dan mentega sehingga rata. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan epal, kismis dan walnut dan gaul rata.
3. Campurkan kesemua bahan untuk topping dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan taburkan topping diatasnya.
5. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 - 25 minit atau sehingga ia masak.

COCONUT PINEAPPLE MUFFIN
Bahan-bahannya
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji putih telur
1/2 cawan susu segar
1 cawan tepung serbaguna
1 1/2 sudu teh double-acting baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan kelapa parut kering yang manis, dipanggang sedikit
1 cawan bulatan nenas dalam tin, dipotong

Cara-caranya
1. Pukul gula perang, minyak, putih telur dan susu.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Kacau adunan kering kedalam adunan yang dipukul. Masukkan kelapa parut dan nenas. Kacau rata, jangan terlalu dikacau.
3. Sendukkan adunan kedalam acuan kertas yang diletak dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.

MUFFIN BLUEBERRY
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
2 biji telur
1 cawan blueberries dalam tin, ditoskan
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim
4 sudu besar hirisan badam

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul krim, mentega dan gula. Masukkan telur satu persatu, diselangi dengan blueberry. Masukkan bahan yang telah diayak dan kacau rata.
3. Sendukkan adunan kedalam mangkuk muffin yang telah disapu dengan mentega dan taburkan hirisan badam diatasnya.
4. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit.

FRUITCAKE MUFFIN
Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kismis
1/2 cawan sultana
parutan kulit dari 1 biji oren
parutan kulit dari 1 biji lemon
1/2 cawan ceri, dicincang
1/3 cawan gula kaster
1/4 cawan jus lime
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih (cloves)

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda dan garam.
2. Rendamkan kismis, sultana, parutan kulit oren dan lemon, ceri dan gula dalam ujus line selama setengah jam.
3. Pukul telur dan minyak jagung sampai sebati. Masukkan gula perang, susu, serbuk buah pala dan serbuk bunga cengkih. Masukkan pula bahan yang telah diayak dan buah-buahan yang telah direndam. Gaul rata.
4. Sendukkan pada loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar selama 25 min pada suhu 170 darjah C.

HONEY CORN MUFFINS
Bahan-bahannya
100 gram tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
secubit garam
100 gram cornmeal
3 sudu besar madu
50 gram kismis
4 sudu besar minyak jagung
225 gram jagung krim
1/3 cawan air
Butter untuk hidangan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dan campurkan dengan cornmeal. Masukkan madu, kismis, minyak, jagung krim dan air dan gaul rata.
2. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 15 - 20 mint sehingga muffin naik dan bewarna keemasan. Hidangkan panas bersama mentega.

APPLE AND MACADAMIA NUT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar esen vanilla
parutan kulit dari 1 biji lemon
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan didadu
1/2 cawan kacang macadamia, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
2. Pukul gula, minyak, telur, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit lemon.
3. Campurkan kedalam adunan kering, masukkan epal dan kacang macadamia dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit.

DATE, HONEY AND CARROT MUFFINS
Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan madu
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 cawan tepung wholewheat
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan carrot yang diparut
1 cawan kurma, dihiris

Cara-caranya
1. Cairkan mentega dan madu. Sejukkan. Campurkan susu, telur dan parutan kulit lemon.
2. Ayak kedua jenis tepung, baking powder dan garam. Campurkan adunan mentega. Masukkan carrot dan kurma dan gaul rata.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit atau sehingga masak.

BLUEBERRY AND OAT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan aduanan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.

SPICED PUMPKIN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan gula kaster
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk cengkih (cloves)
1/2 sudu teh serbuh buah pala (nutmeg)
2 biji telur, dipukul
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air
1 cawan labu, dibakar dalam oven dan dilecek
1/2 cawan kacang walnuts, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak kesemua 8 bahan pertama kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, minyak dan air. Masukkan bahan yang telah diayak, labu yang dilecek dan kacang walnut. Gaul rata.
3. Sendukkan kedalam loyang muffin yang telah sapu dengan mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.

BANANA CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.

APRICOT AND ALMOND MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan apricot, dicincang
1 cawan air panas
1 sudu besar baking soda
1/2 cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan yoghurt segar
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 cawan bran flakes (nestum)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen badam
1/2 cawan badam, dicincang

Cara-caranya
1. Campurkan aprikot, air panas dan baking soda. Rendam untuk beberapa jam.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Campurkan aprikot yang telah direndam.
3. Campurkan pula dengan yoghurt, tepung, bran flakes (nestum), garam, esen badam dan badam. Gaul rata.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar untuk 20 minit pada suhu 175 darjah C atau bila lidi dicucuk dan keluar bersih bererti muffin telah pun masak.

OAT BRAN AND FRUIT MUFFINS
Bahan-bahannya
150 grams campuran buah-buahan kering, dicincang kasar (apple, pear, apricot, mango dan sebagainya)
115 gram oat bran
85 gram rolled oats
70 gram tepung serbaguna
40 gram gula perang (brown sugar)
20 gram baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
140 gram atau 3 biji pisang, dilenyek
parutan kulit dari 1 biji oren
60 ml jus oren
30 ml minyak jagung
2 biji telur
240 ml susu rendah lemak

Cara-caranya
1. Campurkan buah-buahan kering, oat bran, rolled oats, tepung, gula perang, baking soda, serbuk kayu manis dan
pisang dalam bekas pembancuh dan gaul sehingga rata. Bila sudah rata, buat bulatan perigi di tengah.
2. Masukkan parutan dan jus oren, minyak jagung, telur dan susu kedalam adunan kering tadi. Digaul sehingga rata.
3. Masukkan adunan kedalam dulang pembakar muffin yang telah dilapiskan dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 - 30 minit. Keluarkan dari dulang pembakar dan sejukkan apabila sudah masak.

Sumber : http://chetambiz.blogspot.com/2005/05/himpunan-14-resepi-resepi-muffins.html?m=1

Sunday, February 24, 2013

APAM BALIK CINTA BERTAUT

Assalamualaikum...
Apa khabar rakan2 maya ku... hurm... hari ni terasa macam boring jer... Cuaca mendung... panas tidak, hujan pun tidak... kalo keluar ke taman nanti hujan susah la pulak.... Jadi, masa ni lah paling seswai nk lepak2 kat rumah...

Adussss... bila dah lepak kt rumah ni mula la rasa lapar... cuaca pulak sejuk2 ni... perut dok keroncong menggila... Masa ni nk masak yg terlintas dalam otak cuma sesuatu yg SENANG, CEPAT dan pasti nya mesti lah yang SEDAP... apalagi... selak2 laman fb nampak pulak resepi ni... hurm... bahan semua mmg dah ada... buat sajaaa laaaa... ok... sapa yg nk cuba resepi ni silakan...

P/s : resepi asal menggunakan kacang hancur atau kacang tumbuk tapi dlm resepi ni saya dah tukar kepada peanut butter rangup.. mengikut selera anak2 pastinya... dan penambahan sedikit mentega dalam intinya...


Apam balik

2 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula halus
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
Secubit garam
Sedikit butter utk dioles pada kuali

Bahan tabur :
Crunchy peanut butter
Jagung krim
Gula pasir
Mentega/Butter

1.Putar telur n gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan air,baking powder,bicarbonate soda..Putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan pula tepung gandum yg telah diayak,putar sehingga semua bahan sebati.
4.Panaskan kuali,oles sedikit butter (tak perlu jika menggunakan kuali non stick),tuangkan bancuhan tepung secukupnya dan ratakan.
5.Biarkan seketika sampai permukaan tepung berbuih-buih.
6. Taburkan gula pasir diikuti, mentega, peanut butter rangup dan jagung krim,tunggu sampai apam masak.
7.Lipat apam kepada dua,angkat dan sapu sedikit butter pada apam..Sedia dihidang.

selamat mencuba! :)


sumber : Hazwani Abdul Halim
buku resepi @ fb

Diolah semula Oleh: mizz AJ's @ ajachocoart.blogspot.com







Saturday, February 16, 2013

JAPANESS COTTON CHEESE CAKE SIMPLE

Assalamualaikum...
Hari ni mood baking membaking ada "sikit" rajin... anak2 pulak reques nk mkn cheese cake... Dalam peti ais tu pun mmg ada balance cheese lebih kurang 500g lagi... so, daripada cheese tu rosak buat la kek ni... senang dan pasti nya sedap.... yummmy... let's try this recepi... ecewah... ok... jummmmmm....


Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100g gula castor
100 ml susu segar (fresh milk)
1/3 cwn tepung superfine
1/3 cwn tepung jagung
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam

caranya :
• pukul cream cheese dan butter sampai gebu dan creamy.
• masukkan kuning telur diikuti gula dan susu segar.
• masukkan tepung sedikit demi sedikit, tepung hendaklan diayak yer...
• lemon dan garam satukan, kacau hingga garam larut kemudian masukkan dlm adunan... kacau sebati dan ketepikan.

Bahan B :
40g gula castor
6 biji putih telur
1 st krim tar tar
• pukul sampai soft peak

•satukan bhn A dan bahan B kaedah kaup balik. Kacau satu arah sahaja.

•letak baking paper sekeliling dan dasar kek.

• bakar secara bain marie.

• dah siap sejukkan sebelum dihias... Yang ni hiasan orang malas macam saya.... ekekeke....








Friday, January 25, 2013

CREAM CRAKER CARAMEL PUDDING

Assalamualaikum... lama rasanya x hapdet apa2 kat blog ni... bukan apa.. skang ni sibuk sangat sangat sangat tuuuh... okey lah... kali ni nak share resepi cream craker caramel pudding... huhu.. ok .. jum tengok.. bahan2 senang nak cari... penyediaan pun sangat mudah... pejam mata pun boleh buat... hahaha... *pejam sebelah sudah la ek... loyang yg sesuai guna yg diameter 7" punya yer... let's go....

bahan-bahan A
3 sb gula
•yang ni cairkan cukup sampai kekuningan... kalo hangit x sedap pulak nanti.. untuk dijadikan karamel... tuang dalam acuan.

bahan2 B
4 biji telur
1 tin susu cair
100 ml air
5 sb gula
1 sb instant jelly
2 st esen vanilla
6 keping biskut cream craker
• semua bahan ni masukkan dalam blender. Agak2 dah hancur dan sebati tapis dan tuang dalam acuan yg dah ada bahan A tadi yer.

Panaskan kukusan dulu... lepas tu kukus puding kita tadi lebih kurang 45 minit.. bila dah masak sejukkan dan boleh terbalikkan dalam bekas... simpan dalam peti ais sebelum makan... makan sejuk2 baru sedap..

Selamat mencuba yer...



Saturday, January 5, 2013

CHEESE CAKE MADU EMPAT

Assalamualaikum....
Semalam dok plan nak buat cheese kek... Memang peberet sangat kalo cheese tu... masak apa pun ada cheese memang layan abih laaa....
So, hati ni bermula lah operasi mengekek di opis kecil... haha... Bila kek dah siap tunggu masa nk letak topping... anak2 request... ada yg nk topping blueberry lah... topping strawberry lah... yang sorang ni pulak nk topping oreo la pulak... aish... suma selera lain2... kalo x buat moncong la jawab nyer...
Hurm.. sebab permintaan tu terhasil lah kek cheese ni... haha... sesaja jer letak nama madu empat tu... kasi havoc skit...
ok lah... resepi kek saya guna new york cheese cake... mmg suka kek ni sebab dia soft & fluffy... makan sejuk2 pulak... pergh... layan abis....
BASE saya tak letak sebab anak2 tak suka... untuk resepi saya dah pernah share dulu, tapi saya copy sekali lagi... untuk full resepi boleh KLIK SINI yer...
Okey lah... jum ngk resepi...

Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
350g cream cheese
90g gula castor
1/4 cwn susu segar/whipping cream
1/3 cwn tepung jagung
4 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

caranya :
• pukul cream cheese dan kuning telur sampai gebu dan creamy.
• masukkan gula dan whipping cream/susu segar.
• masukkan tepung sedikit demi sedikit, tepung hendaklan diayak yer...
• masukkan lemon dlm adunan... kacau sebati dan ketepikan.

Bahan B :
40g gula castor
4 biji putih telur
1 st krim tar tar
• pukul sampai soft peak

•satukan bhn A dan bahan B kaedah kaup balik. Kacau satu arah sahaja.

•letak baking paper sekeliling dan dasar kek.

• bakar secara bain marie. Suhu 170c selama sejam atau mengikut kapasiti oven masing2.

• dah siap sejukkan dan dihias...

• Untuk topping... bahagi kepada 4 bahagian... lepas tu boleh letak topping yg disukai... macam saya just letak blueberry, strawberry, kiwi dan oreo...

p/s: untuk resepi topping boleh refer kat full resepi yer... resepi yg sama cuma tukar buah yg disukai...








Tuesday, January 1, 2013

BLUBERRY NEW YORK CHEESE CAKE

Assalamualaikum....
Bila tengok kalender, bulan January hampir tiba... bermakna birthday my MIL pun dah dekat... my MIL ni memang suka sangat la mkn cheese... sempena hari lahir my MIL yang ker 60 tahun ni nak la buat something... So, hari yang ditunggu pun tiba... dari jauh MIL ni datang... saje nk bagi surprise kat MIL... so, jadilah kek ni... new york cheese cake... resepi asal dari kak Chahaya shila @ spice journey tapi dah ada derhaka sikit sama ini resepi... hehe... quantiti @ sukatan pun ayu dah adjust... tapi rasa memang malaTOPS okey... Kalo nk cuba silakan... jummmmmm...

***loyang ayu guna 8" punya...

BAHAN A (BASE) :

50 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus
10 gm Original Nestum
50 gm Butter

Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi bersama nestum dan gaul rata.

Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking paper dan tekan padat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

BAHAN B :

4 biji Putih Telur
40 gm Gula Kastor
1 sudu teh Cream of Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).

BAHAN C :

350 gm Cream Cheese ~~ suhu bilik
90 gm Gula Kastor
4 biji Kuning telur
1/3 cwn Tepung Jagung
1/4 scwn besar Whipping cream
1 sudu besar Lemon Juice
1/2 sudu teh Vanilla Ekstract / Essense

Cara nya :
•Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.

•Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, whipping cream dan lemon juice. Pukul sebentar.

•Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.

•Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati.

•Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti.

•Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing.

•Bila dah sejuk baru hiaskan kek tadi yer... Terpulang ikut citarasa masing2 nk hias macam mana pun...

UNTUK BLUEBERRY SAUCE :

1 cawan Buah Blueberry
2 sudu makan Gula ~~ ikut selera
1/4 cawan Air

1 sudu kecil Tepung Ubi*
1/4 cawan Air *
** bancuh sekali~~


Masak buah Blueberry bersama gula dan air. Kacau sentiasa hingga buah tu pecah dan gula larut.

Kemudian masukkan tepung ubi yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat.

Sejukkan sebentar dan bolehlah dituangkan ke atas cake atau semasa hendak dihidangkan.




Saturday, September 29, 2012

My YUMMY Rich Fruit Cake

dah lama aku nk cuba buat fruits cake ni... harus la kan... dah kata peberet... akhirnya tercapai gak niat ku selama ini... huhu... first time buat dah jadi... wowweee... best nyer.. rasa sebijik cm kt kedai... Alkisah nyer... banyak jugak dugaan nk siap kan kek peberet ni... dengan MALAS satu hal... bhn2 suma dah ready.... (dh lama lak tu)... tup2 mood rajin datang.. telur plak dah x mencukupi... haish... posponed lagiiiiik... lepas 2 hari dah beli stok telur baru buat... hehe... resepi ni dari kakak ku sayang CHAHAYASHIELA... dari blog nyer... thanks ahkak sayang... muahsss...



kek buah kukus

BAHAN-BAHAN :

250 gm Mentega
340 gm Gula Pasir
50 gm Air
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji Telur
1 sudu teh Cream of Tartar *
2 sudu teh Soda Bikarbonat *
350 gm Tepung Gandum *
1 sudu teh Serbuk Nutmeg/Buah Pala *
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence

CARA-CARA :

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Ayak semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar. Saya pukul menggunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.

Masukkan adunan kedalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" dan kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni saya kukus 2 jam jer pun, tapi untuk mendapatkan kek yg penuh dengan kelembapan kena la kukus kukus selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.