Tuesday, August 29, 2017

Karipap + kulit

Malam ni abam buat karipap...esok subuh baru abam goreng Dan jual.
Abam serta kan sekali resepi..Dan petua utk elak klim terbuka masa menggoreng
#JanganCakapAbgTakPayung

Tip dan Petua

Kenapa Klim Karipap terbuka

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak atau telur .  InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.

Utk frozen.. Bakar dulu dlm oven selama 5 minit suhu 160 api atas bawah.. Kemudian sejuk kan.. Baru bekukan..

🌮 *Kulit Karipap ZEN* 🌮

🌮 4cwn tpg gandum
🌮 Secubit garam
🌮 ½ cwn minyak,panaskan (ketepikan bg sejuk)
🌮 2sd mkn majerin(cairkan)
🌮 ¾ cwn air sejuk

🌮 Cara 🌮

🌮 Tuangkan minyak & majerin kedlm tepung, gaul dgn sudu @ garfu
🌮 Masukkan air sejuk
🌮 Uli hgga jd doh
🌮 Rehatkan kejap
🌮 Canai dan masuk inti
🌮 Panaskan minyak.. Btl2 panas baru goreng karipap..

*Fungsi minyak masak yg d panaskan utk buat doh tu adalah utk mendapatkan kulit karipap yg rangup d luar dan lembut di dlm*

🍳 *Inti Karipap* 🍳

🍳 Daging (ikut suka) guna Ayam @ ikan bilis pun boleh
🍳 1 ulas bwg besar *cincang*
🍳 1 ulas bwg Putih *cincang*
🍳 2 ulas bawang merah *cincang*
🍳 5bj ubi manis ptg dadu
🍳 1sd serbuk kari
🍳 serbuk lada hitam
🍳 serbuk perasa
🍳 gula

🍳 *Cara* 🍳
🍳 tumis bawang
🍳 masukkan serbuk kari hgga pecah minyak
🍳 masukkan daging *Gaul*
🍳 masukkan ubi manis
🍳masukkan air hgga menutupi seluruh ubi manis
🍳 tggu hgga ubi manis empuk dan masukkan perasa,gula dan serbuk lada hitam *Gaul*
🍳 tggu hgga air betul2 kering.. *siap*

No comments:

Post a Comment