Wednesday, October 18, 2017

Kuih peria

terima kasih kerana sabar menanti 😅seterusnya.. bahan untuk #kuihperia
.
4 cawan tepung pulut
2 cawan santan @ 450ml
1/2 sudu kecil garam
daun pisang dipotong bujur
sedikit minyak utk sapuan
pewarna makanan
.
sekiranya santan original pekat tak campur air, kurangkan sedikit sukatan santan dan tambah dengan sukatan air cukupkan 2 cawan. masak sebentar santan bersama garam supaya kuih tak cepat basi. agak naik wap jer matikan api dan sejukkan
.
satukan tepung dan santan tadi. santan tu masukkan sedikit demi sedikit. uli hingga sebati. adunan mmg lembut sikit.. takper.. sebab as kita buat dia akan kering sikit dan lebih senang nak dibentuk menjadi peria bila dia lembut
.
bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian mengikut warna pilihan. untuk mendapatkan warna hijau yg cantik saya campurkan warna hijau epal dan kuning lemon. tkperlu bubuh banyak pewarna sebab lepas masak warnanya akan lebih terang
.
kalau rajin boleh kepalkan sesiap inti tu.. saya malas.. just basahkan jari dengan sedikit minyak, sapukan juga pada daun pisang dan bentukkan adunan sebesar ibu jari atau lebih kurang 15gm. leperkan adunan bentuk bujur dan masukkan inti lebih kurang 1 sudu kecil. bungkus dan kepalkan sedikit. letak atas lapik daun pisang dan bentukkan garisan yang berbentuk peria tu dengan bahan yg sesuai seperti pisau plastik. saya guna gerepu jer
.
panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit. kalau size besar tambah laa sikit masa mengukus tu tapi jgn lama sgt nanti kembang sekebun pulak peria peria itu.. hahaa

No comments:

Post a Comment