Tuesday, August 9, 2011

Puding Karamel

Juadah berbuka puasa hari ke - 8





Puding Karamel ni buat untuk buka puasa semalam. Nak buat pun senang... rasa pun sedap..

Bahan2
5 biji telur ayam
150ml susu cair
150ml susu pekat
150ml air
1 1/2 sb tepung jagung (tepung kastard pun boleh)
1 st esen vanilla
1 st garam
3 sudu gula untuk dibuat gula hangus yer..

Cara2
hanguskan dulu gula yer... tuang dalam bekas dan biarkan sejuk dulu.
Panaskan kukusan. Guna api sederhana sahaja.
Sementara tu sediakan adunan yer..
campur semua bahan diatas (kecuali gula taw)..
kacau hingga semuanya sebati.
Lepas tu tuangkan adunan tadi ke dalam gula hangus yang dah sejuk tu...
sedia untuk dikukus...
kukus selama 30 min ke 40 min.
Bila dah masak alihkan dalam bekas.
Sejukkan dulu sebelum dihidangkan...



No comments:

Post a Comment