Monday, April 16, 2012

:: Ayam Goreng Kelapa Parut Berempah ::


Haaa... ni la resepi paling best masa kenduri kawin adik aku tahun lepas.... sedap punya pasal smpi mintak resepi kat makcik yg prepare ayam rempah ni... Memang x sia-sia... sedap sgt... tapi baru ari ni nk try pasal resepi baru 'terjumpa' balik... huhuhu... jum try buat..

Bahan2
1/2 ekor ayam potong 8
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 st ketumbar *
1 st lada hitam *
1 cm kunyit hidup *
1 cm halia *
1 cm lengkuas *
3 biji buah keras *
1 btg serai di ketuk
RM1 kelapa parut
Garam secukup rasa
3 pelepah daun kari ( guna masa nak menggoreng)

cara2 nya...
1- ayam yang dipotong dibersihkan.

2- semua bahan yang bertanda * hendak lah di blender/ ditumbuk pun boleh.

3- gaulkan semua bhn yg diblender tadi bersama ayam, masukkan sedikit air, kelapa parut dan serai yang diketuk... Rebus seketika hingga agak kering yer... jgn bagi hangit lak...

4- Asingkan ayam dan kelapa parut tadi. Ayam digoreng hingga garing / kuning keemasan. Masukkan daun kari bersama ketika menggoreng.

5- Kemudian gunakan 2 sudu minyak masak dan goreng pula kelapa parut hingga agak sedikit kering (macam serunding kelapa rupa nyer nanti).

6- sedia untuk dihidangkan. Sedap mkn masa panas2...

P/S : Kalo nk pedas boleh la blender sekali cabai melaka/cabai burung ker...


1 comment:

  1. kepada pengunjung terima kasih... sila komen skit yer... :)

    ReplyDelete