Monday, April 2, 2012

Red Velvet Cake


Dah tinggal skit jer....


Ni baru lepas potong......



Ni la rupe nye my cake velvet..... untuk cream cheese frosting memang sengaja tukar dengan coklat ganache... maklumla la... my hubby ni x boleh mkn cheese byk2.... cream cheese hanya guna untuk layer sahaja... tu pun sikit sgt..... kalo x letak x CUN la pulak kan..... resepi nya telah ubahsuai sedikit supaya lebih mudah... hehehe

Bahan2 nya
2 cwn tepung gandum*
2 sb tepung jagung*
2 sb serbuk koko*
1/2 st garam
1/2 cwn butter
1 cwn gula
2 biji telur
1 st esen vanilla
1 cwn buttermilk
2 sb pewarna merah
1 st cuka
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Cara2 nya
Bahan2 kering * satukan dalam satu bekas.

campurkan buttermilk bersama pewarna merah.

Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang, masukkan gula pukul hingga creamy. masukkan telur satu persatu diikuti esen vanilla.

kemudian masukkan buttermilk dan kering secara berselang seli hingga habis. Bila adunan telah sebati masukkan baking powder, soda bokarbonat dan cuka smpi ada buih. kacau batter hingga sebati dan cepat2 masukkan dalam loyang yang telah di gris.

bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, suhu 170c selama 1 jam atau hingga masak mengikut oven masing2.

bila kek dah masak sejukkan dahulu beberapa jam sebelum dibelah. Sapukan cream cheese frosting. sejukkan lagi beberapa jam. Kemudian tuangkan dengan coklat ganache.... juga perlu disejukkan lagi.... hehehe... kena sabar yer....
lepas tu boleh lah dimakan...

Kalau x dapat cari BUTTERMILK bolehlah buat sendiri. Senang jer...
- campurkan 1cwn susu segar bersama 1 sb cuka atau jus lemon. Biarkan selama 10 minit.

untuk RESEPI CREAM CHEESE FROSTING... **juga telah diubahsuai oleh saya... ngeee
250g cream cheese
30g butter
1 sb oren sunquick
1 sb esen vanilla
1 sb susu segar
90g gula icing

cara nya
mix cheese ngn butter hingga creamy, masukkan bahan2 lain... kacau sebati.

untuk RESEPI COKLAT GANACHE.. **yg ni pun aku dah ubahsuai sikit ikut citarasa aku... hehe

Bahan2 nya
100g compound dark chocolate
50g butter
120ml susu segar
1 st serbuk kopi 3in1

cara2 ny
campurkan semua bahan dalam periuk. Gunakan kaedah double boil yer. Kacau hingga pekat dan sejukkan sedikit. Tuang atas kek.

No comments:

Post a Comment