Thursday, October 3, 2013

D I Y Cream Cheese - murah dan halal


Making my own cream cheese...100% halal

Alatan yang perlu ada:
1.Periuk stainless steel atau enamel atau yang ada corningware tu, guna aje periuk corning tu.
2. Mangkuk kaca/plastik pun boleh.
3.Penapis
4. Kain kasa/ tudung kasa bawal yang tak mau nak pakai boleh gak guna. Pastikan bersih dan tak ada rambut melekat ye,hihihi
5. Sudip stainless steel atau sudip kayu.

Bahan2nya:
1.5 liter susu segar 
4 sudu teh cuka makan/jus lemon/limau nipis or kasturi boleh gak
secubit garam halus

Cara2nya:
1. Masak susu dalam periuk dan kacau hingga mendidih. Jangan sampai hangit or melimpah... Tutup api bila dah mendidih dan biarkan periuk di atas dapur.
2.Masukkan cuka /lemon juice tadi kedalam susu dan kacau. Kacau rata dan biarkan 5 - 10 minit. Susu tadi akan terpisah dan jadi gumpalan kecil dari larutan kekuningan jernih di panggil 'whey'. Ala , macam susu basi dalam botol tu...
3.Letakkan penapis dalam mangkuk dan kain kasa atas penapis itu. Tuangkan susu yang dah terpisah tu dan tekan2 sikit supaya air keluar. Untuk mudah lagi pulas aje kain kasa tu mcm kita perah kain masa zaman tak ada washing machine dulu2. Akan terhasillah satu gumpalan putih yang dipanggil keju.
4. Campurkan garam tadi rata2 dan gumpal sekali lagi sampai jadi bentuk bulat padat. Simpanlah dalam peti ais. Ini kita boleh gunakan untuk buat campuran kek atau cream cheese.

Opps, sebelum saya lupa, larutan kuning tadi atau 'whey' tu jangan lah dibuang, simpan dan gunakan sebagai pengganti air sekiranya anda buat kek ke, bingka ke. Buat cucur pun boleh ,cuma gantikan air dengan larutan ini. Sedap dan berkhasiat. Cuba rasa, ianya agak manis dan lemak. Ianya kaya dengan protein dan mineral. Cubalah 'google' untuk cari info ini. Saya gunakan larutan ini untuk buat kuih lapis or pengganti santan. Simpan dalam peti sejuk ye.

Dari 1.5 liter susu yang saya buat tadi saya dapat 600gm keju yang bernilai lebih RM15. Saya cuma belanja RM6 untuk susu dan selebihnya guna aje yang ada kat dapur kita. Masa yang saya gunakan lebih kurang 30 minit.

Kredit to : Jalitah Hamdan (fb)
Sumber asal dr : http://dapurzitah.blogspot.com/2011/03/making-my-own-cheese.html?showComment

No comments:

Post a Comment