Saturday, October 5, 2013

CUCUQ BAWANG KEMBANG & TEMBAM YANG SEMPOI

Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak sharing2 resepi kat sini... bukannya apa... hujung2 tahun ni almaklum la... busy dgn macam2 tempahan... ada yg nak kek2 la, pavlova budget la, tartlets la, crepe's lagi... mmg tak berapa nk menang tgn la... apa pun syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan rezeki... Alhamdulillah....
Hurmmm... panjang pulak bebelan aku ni yer... huhuu... sorry... okeylah.... jum kita "straight to the point" kata omputih la... hihi...
Xcelly resepi ni inspirasi dari Myresepi(memmetlenggeng) dan rujukan dari blog CMG... tapi aku dah alter hampir 50% dari resepi asal ni... huhu... ikut bahan yg ada kt rumah jer... (malas nk keluar beli barang sebenarnya)...
Cucuq ni sangat seswai dimakan bersama sos lada atau pun kuah kacang... memang terangkatLAHHH...!!!

okey jum nengok resepi :
CUCUQ BAWANG KEMBANG

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
segenggam udang kering
sebiji bawang besar dimayang
1/2 sudu teh yis mauripan
1 st garam
1 1/2 cwn + 2 sb air suam

Cara2nya: 
• masukkan garam dalam air (larutkan yer)
• Campurkan bahan2 lain dan gaul sebati... campurkan air sambil dikacau supaya tepung tidak bergentel2 ya... adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair...
• Perapkan adunan selama 30 minit sebelum digoreng.

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM
Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. 

SOS LADA 
Bahan2nya:
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir- Liza guna nise 
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

• Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. 
• Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. 
• Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

KUAH KACANG 
Bahan2nya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar atau 
beli yang telah siap dikisar 
2 batang serai - dititik 
*3 sudu besar gula perang atau gula merah 
3 sudu besar gula putih 
3 keping asam gelugor (asam keping) 
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
Garam secukup rasa 
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka 
¾ cawan marjerin 
¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar): 
100 g cili kering 
8 batang serai – dihilis halus 
2 biji bawang besar – dipotong kecil 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
3 inci halia 
2 inci lengkuas 
½ inci belacan 
Air secukupnya untuk mengisar 

Penyediaan Bahan-bahan B: 
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara membuat kuah kacang: 
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih. 

*Kuah kacang akan menjadi warna merah gelap sekiranya kita gunakan gula merah, tetapi sekira digunakan gula perang, warna kuah kacang akan berwarna merah terang.

**resepi kuah kacang diambil dari blog ResepiSajianBonda


No comments:

Post a Comment