Sunday, January 6, 2019

Takoyaki Homemade tanpa acuan

Bahan-Bahan

1 cawan tepung gandum


1 sudu makan tepung jagung


1 cawan air


garam dan gula secukupnya


minyak untuk menggoreng


Bahan inti

sayur kubis - potong dadu kecik-kecik


lobak merah - potong dadu kecik-kecik


hirisan daun bawang secukupnya


ayam/udang/sotong - potong kecik dan celur terlebih dahulu


Bahan Hias

Sos Takoyaki - beli kat pasaraya


mayones


bonito flakes - beli kat pasaraya tapi tak guna pun tak ape


Cara-Cara

#1. pertama, siapkan bekas untuk menggaul kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan air kedalam bekas selepas itu gaul hingga sebati. masukkan ayam/udang/sotong kedalam adunan dan gaul hingga sebati.

#2. selepas itu masukkan hirisan daun bawang, kubis dan lobak merah kedalam adunan tadi dan gaul lagi kemudian step seterusnya masukkan gula dan garam secukup rasa.

#3. panaskan minyak dalam kuali dan tunggu hingga minyak panas. apabila minyak sudah panas kecikkan api.

#4. dan sampai disini intinya anda gunakan sudu makan untuk bentukkan takoyaki bulat-bulat kemudian goreng takoyaki hingga masak selama lebih kurang 5 minit atau hingga warna takoyaki menjadi keemasan dan ulangi proses hingga semua adunan habis.

Resepi Sos Takoyaki

apabila anda makan masakan jepun ini rasanya tak lengkap apabila tanpa sosnya kan? sebenarnya, apabila anda teringin lebih simple dan tak payah anda boleh sahaja membelinya di pasaraya. tetapi apabila anda teringin nak cuba buat sendiri pun tak pe..


juga apabila anda buat sendiri bahan-bahan yang digunakan lebih dijamin kesihatanya. sekarang saya akan kongsikan cara membuat sos takoyaki dibawah.. jom kita layan resepinya..

Bahan-Bahan

1 cawan sos tomato


1/2 cawan gula


2 cm halia - tumbuk hingga halus


1 ulas bawnag putih - tumbuk hingga halus


1/4 cawan air asam jawa


1/4 cawan kicap


Cara-Cara

#1.  pertama, siapkan periuk kemudian masukkan semua bahan tadi kedalamnya kemudian masak dengan api sederhana hingga sos mendidih.

#2. apabila sudah mendidih renehkan sos hingga dapatkan kepekatan yang sesuai dan apabila sudah pekat boleh lah matikan api dan biarkan hingga sejuk.

#3. apabila sos sudah sejuk boleh tuangkan kedalam botol supaya mudah semasa menyediakanya diatas takoyaki.

No comments:

Post a Comment