Sunday, January 6, 2019

Kek minyak kukus

Bahan-bahan:
5 biji telur ( saya guna 6 biji telur gred c)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate ( tak letak )
1 cawan minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa )
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - saya letak dua sudu makan jus oren Sunquick)
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru ( saya guna pewarna hijau epal)

Cara-cara  Membuat Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan

Ayak tepung gandum bersama baking powder.Panaskan pengukus terlebih dahulu.Lenser loyang dengan marjerin.


Masukkan putih telur dahulu dan blend sehingga berbuih.Kemudian barulah masukkan gula kastor.Blend sehingga kelihatan warna putih dan cairan sebati.( Inilah cara yang saya tiru dalam youtube nak hasilkan kek yang moist iaitu mix atau blend dulu putih telur, barulah masukkan gula kastor.Asingkan kuning dan putih telur.)


Tuang dalam bekas adunan.Masukkan kuning telur pukul hingga sebati.


Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa jus oren.Saya takde pewarna kuning jadi nak dapatkan warna kuning yang lebih cantik saya guna jus oren selain dapat perisa oren juga,sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.Perisa oren ini kesannya juga apabila kita cium bau kek ni pun sedap dan segar je.


Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan.Saya hanya bahagikan kepada dua adunan. Tuangkan ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.Saya buat ikut teknik yang ditunjukkan dalam blog ini: Celoteh cikorkid seperti di bawah ini.


Saya kukus kek ini dalam tempoh 50 minit.Sebelum masukkan dalam pengukus, pastikan air telah betul-betul mendidih, barulah masukkan loyang adunan kek minyak.


No comments:

Post a Comment