Saturday, May 28, 2011

Kuih Serabai


Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (dikisar)
1/2 bungkus dry yeast
1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan
sedikit gula
air secukup nya
garam secukupnya

cara2 nya:-

a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang
b) campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang (adunan hendaklah sedikit pekat)
c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
e) panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah masak, (warna akan bertukar biladah masak).
ulang hingga adunan habis.

Kuah Manis

campurkan santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan durian(optional). Masak dengan api perlahan, jgn biar mendidih. Cairkan 3 sudu tepung gandum dengan air. Masak lagi hingga agak pekat. Sedia untuk dihidang.



3 comments:

  1. salam perkenalan... kuih tradisi utara... sedap sgt..kepada pengunjung terima kasih... sila komen skit yer... :)

    ReplyDelete
  2. kalau makan begitu saja bole ke?and kalau tak pakai acuan bole ke?

    ReplyDelete
  3. dolu2 kuih ini popular ketika menziarahi org meninggal...jiran simati sediakan utk mereka yg jauh...

    ReplyDelete