Showing posts with label aneka kek. Show all posts
Showing posts with label aneka kek. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

My YUMMY Rich Fruit Cake

dah lama aku nk cuba buat fruits cake ni... harus la kan... dah kata peberet... akhirnya tercapai gak niat ku selama ini... huhu... first time buat dah jadi... wowweee... best nyer.. rasa sebijik cm kt kedai... Alkisah nyer... banyak jugak dugaan nk siap kan kek peberet ni... dengan MALAS satu hal... bhn2 suma dah ready.... (dh lama lak tu)... tup2 mood rajin datang.. telur plak dah x mencukupi... haish... posponed lagiiiiik... lepas 2 hari dah beli stok telur baru buat... hehe... resepi ni dari kakak ku sayang CHAHAYASHIELA... dari blog nyer... thanks ahkak sayang... muahsss...



kek buah kukus

BAHAN-BAHAN :

250 gm Mentega
340 gm Gula Pasir
50 gm Air
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji Telur
1 sudu teh Cream of Tartar *
2 sudu teh Soda Bikarbonat *
350 gm Tepung Gandum *
1 sudu teh Serbuk Nutmeg/Buah Pala *
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence

CARA-CARA :

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Ayak semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar. Saya pukul menggunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.

Masukkan adunan kedalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" dan kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni saya kukus 2 jam jer pun, tapi untuk mendapatkan kek yg penuh dengan kelembapan kena la kukus kukus selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Saturday, April 7, 2012

Chocolate Chiffon Cake with Orange Flavoured Topping





Hari ni rasa boring lak x buat apa... saja la nk try resepi lain pulak... memula tu ingat nak try buat chocolate indulgent cake tapi whiping cream x der kat rumah... so, jadi la kek ni pulak.. boleh la kan.... Jum ngk bahan2 yang diperlukan...

bahan2 nya
Bahan A
30g serbuk koko*
130g tepung naik gandum*
3/4 st baking powder*
3/4 st soda bikarbonat*
120g gula castor
4 biji KUNING telur
120ml susu segar
60 ml minyak jagung/sayuran
1 st esen vanilla

Bahan B
4 biji PUTIH telur
60g gula icing
1/4 st krim of tartar

Cara2 nya
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180c.

Satukan bahan 'B' dan pukul hingga kental menggunakan high speed. Ketepikan seketika.

Satukan bahan 'A' yang bertanda * dalam bekas lain. Dalam bekas berasingan, pukul bahan2 lain hingga sebati dan akhir sekali masukkan bahan2 kering tadi sedikit demi sedikit hingga habis.

Kemudian satukan bahan 'A' dan bahan 'B' secara kaup balik. Tuang dalam loyang yg telah di griskan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.

Bolehlah dihiaskan mengikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.

Untuk Topping
50g white compound chocolate
25g butter
60ml whiping cream
1sb orange sunquick

Gunakan kaedah double boil hingga sebati... sejukkan kek terlebih dahulu. Tuangkan topping yg TELAH SEJUK keatas kek.... simpan dalam peti ais sebentar sebelum dipotong...

Monday, April 2, 2012

Red Velvet Cake


Dah tinggal skit jer....


Ni baru lepas potong......



Ni la rupe nye my cake velvet..... untuk cream cheese frosting memang sengaja tukar dengan coklat ganache... maklumla la... my hubby ni x boleh mkn cheese byk2.... cream cheese hanya guna untuk layer sahaja... tu pun sikit sgt..... kalo x letak x CUN la pulak kan..... resepi nya telah ubahsuai sedikit supaya lebih mudah... hehehe

Bahan2 nya
2 cwn tepung gandum*
2 sb tepung jagung*
2 sb serbuk koko*
1/2 st garam
1/2 cwn butter
1 cwn gula
2 biji telur
1 st esen vanilla
1 cwn buttermilk
2 sb pewarna merah
1 st cuka
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Cara2 nya
Bahan2 kering * satukan dalam satu bekas.

campurkan buttermilk bersama pewarna merah.

Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang, masukkan gula pukul hingga creamy. masukkan telur satu persatu diikuti esen vanilla.

kemudian masukkan buttermilk dan kering secara berselang seli hingga habis. Bila adunan telah sebati masukkan baking powder, soda bokarbonat dan cuka smpi ada buih. kacau batter hingga sebati dan cepat2 masukkan dalam loyang yang telah di gris.

bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, suhu 170c selama 1 jam atau hingga masak mengikut oven masing2.

bila kek dah masak sejukkan dahulu beberapa jam sebelum dibelah. Sapukan cream cheese frosting. sejukkan lagi beberapa jam. Kemudian tuangkan dengan coklat ganache.... juga perlu disejukkan lagi.... hehehe... kena sabar yer....
lepas tu boleh lah dimakan...

Kalau x dapat cari BUTTERMILK bolehlah buat sendiri. Senang jer...
- campurkan 1cwn susu segar bersama 1 sb cuka atau jus lemon. Biarkan selama 10 minit.

untuk RESEPI CREAM CHEESE FROSTING... **juga telah diubahsuai oleh saya... ngeee
250g cream cheese
30g butter
1 sb oren sunquick
1 sb esen vanilla
1 sb susu segar
90g gula icing

cara nya
mix cheese ngn butter hingga creamy, masukkan bahan2 lain... kacau sebati.

untuk RESEPI COKLAT GANACHE.. **yg ni pun aku dah ubahsuai sikit ikut citarasa aku... hehe

Bahan2 nya
100g compound dark chocolate
50g butter
120ml susu segar
1 st serbuk kopi 3in1

cara2 ny
campurkan semua bahan dalam periuk. Gunakan kaedah double boil yer. Kacau hingga pekat dan sejukkan sedikit. Tuang atas kek.

Sunday, March 25, 2012

Moist Choc Cheese Cake


Haaaaa... ni la dia inspirasi dari Kak Chahaya Shiela... sedap wei..... lembut dan moist sgt.... kek ni dibakar dgn cara water bath.... memang best la.. terbaik dari ladang.... rugi kalo x cuba ek...

Bahan2 nya
3 biji telur 'A'
200g cream cheese
1/2 cwn butter
1/2 cwn corn oil
1 cwn brown sugar
1 cwn susu sejat
1 st esen vanilla
150g tepung gandum*
50g serbuk koko*
2 sb tepung jagung*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*

cara2 nya
satukan semua bahan2 kering bertanda *
dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama sebiji telur hingga gebu.
masukkan butter dan corn oil. mix lg hingga kembang... masukkan telur sebiji demi sebiji. Seterusnya masukkan gula dan esen vanilla. masukkan bahan2 kering berselang seli dgn susu sejat hingga sebati.
Gris kan acuan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170c selama 1 jam atau hingga masak. Jgn lupa gunakan cara water bath supaya kek yang dihasilkan moist.

Monday, February 27, 2012

Velvet Hawflakes Layer Cake

ini lah roper nyer kek hawflakes... bahan2 nyer dah lama beli tapi peram... baru hari ni ada keinginan nak buat.... sebelum ni mood 'makas' jer yg ada.... kekn
ni actually mmg sedap sgt... ada rasa masam manis... yummy.... moh la cuba buat.... huhu


Bahan2 nya

5 biji telur ayam
3/4 cawan gula halus
220g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovallete
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung
1 sk esen vanilla
pewarna yang berbeza - ikut suka
hawflakes secukupnya.

cara2 nya.

Panaskan kukusan terlebih dahulu.

dalam mixing bowl pukul minyak, telur ayam, ovellete, garam, esen vanilla dan gula hingga kembang dan gebu.

kemudian masukkan tepung dan baking powder bersama susu cair secara berselang seli hingga habis.

bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Griskan loyang dengan minyak terlebih dahulu.

Masukkan bahagian pertama dan kukus selama 10 minit (anggaran). Keluarkan dan susun hawflake dipermukaan lapisan pertama kemudian lapiskan dengan bahagian kedua pula..

Ulang hingga habis aduanan.. untuk lapisan terakhir kukus lagi selama 25 minit atau hingga masak. Gunakan api sederhana ketika mengukus.

Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.



Saturday, January 14, 2012

Baked Cheese Cake



Assalamualaikum... Lama betul rasanya x update blog ni kan.... Hari ni saya nak share la resepi cheese cake olahan saya sendiri... Jgn takut... mmg sedap...

Bahan2 yang diperlukan :

250g cream cheese
100ml fresh milk
100ml yogurt
2 biji telur
30g butter
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cwn gula perang
1 1/2 sudu besar gelatin (campur bersama 6 sudu air panas & kacau sebati)
2 sudu besar jus lemon
2 sudu teh esen vanilla

Cara2 nya:

1) pukul telur, butter dan gula hingga kembang.
2) masukkan cream cheese. Pukul hingga gebu.
3) kemudian masukkan yogurt, fresh milk, esen vanilla, gelatin, jus lemon dan pukul lagi..
4) akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

oeven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu, griskan loyang dan masukkan adunan tadi.. masak selama 30 -40 min 170C secara bain-marie atau water bath.

setelah kek sejuk bolehlah dihias mengikut cita rasa..