Wednesday, August 10, 2011

Kuih Suji

Juadah berbuka puasa hari ke - 10


Kuih ni mak mertua suka buat... memang sedap... husben pun suka... so, hari ni buat untuk juadah berbuka puasa...

bahan2
600 ml air
200ml susu cair
1/2 cwn gula
1/2 cawan tepung suji
2 helai pandan
1" kulit kayu manis
1 st garam
1 sudu minyak masak/minyak sapi
1/2 cwn kismis hitam (digoreng)

cara2
didihkan air bersama pandan dan kulit kayu manis. Setelah mendidih buangkan daun pandan dan kayu manis.
masukkan gula dan susu cair. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung suji sedikit demi sedikit.
Kacau hingga adunan pekat. Masukkan minyak masak dan 2/3 kismis yang digoreng. Kacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan lebihan kismis tadi diatas nya...
Sejukkan sebelum dihidangkan...

*kismis digoreng dalam minyak panas.. angkat bila dah kembung..

No comments:

Post a Comment