Kuih ni dah banyak kali aku cuba... macam macam resepi aku dah try... tapi alhamdulillah... kali ni menjadi.. seronok sangat.. anak2 kata sedap la kuih ibu ni... kembang idung sekejap... :D
Bahan2 (loyang 7")
bahagian Bawah
1 1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula pasir
3/4 cwn air gula merah (250g gula + 1cwn air dimasak dan ambil secukup nya)
2 cwn santan cair
sedikit air kapur
Bahagian Atas
2 cwn santan pekat
3/4 cwn tepung gandum
2 sudu kecil garam
Cara-cara
-Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
-Satukan semua adunan bahagian bawah. Blend pun boleh. Tapis ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
-Buka kukusan. Lap air yang ada diatasnya dgn tisu sampai kering.
-Sediakan adunan bahagian atas pula. Jgn blend, cukup dngan memnabcuh menggunakan pemukul telur biasa.
-bila semua bhn dah sebati, tapis dan tuangkan keatas bahagian bawah tadi.
-Kukus selama 30 minit. Buka penutup kukusan dan biarkan lagi selama 10 minit.
-Tutup api, angkat dan sejukkan kuih.
-Potong dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment