Saturday, March 24, 2012

Donut Mayo


Erm... ni la rupa Donut Mayo.... ramai kawan2 FB dok buat donut ni.... memamg nmpak sedap sgt... so, dah x tahan... buat la sendiri..... resepi asal dari AZLITA AZIZ masam manis....

Bahan2 nya
350g tepung gandum
1 1/2 sb mayonis
1sb susu tepung
1 biji telur
140ml air suam
1 1/2 sb butter
3 sb gula
1 1/2 st serbuk yis
gula icing untuk salutan pada donut

Cara2 nya
Saya campurkan semua bahan kedalam bekas dan adun hingga menjadi doh. Perap selama 1 jam atau hingga adunan naik 2 kali ganda. Tumbuk2 aduanan dan buat bulat2 kecil dan tinggalkan lagi hingga naik 2 kali ganda lagi... sediakan minyak untuk menggoreng. buatkan lubang sebelum menggoreng. kalo ada acuan terap kan dan tunggu adunan naik dulu... goreng ketika minyak belum panas kerana donut ni sgt sensitif... nnt kaler dia x cantik la pulak....

3 comments:

  1. kepada pengunjung terima kasih... sila komen skit yer... :)

    ReplyDelete
  2. kenapa kena goreng time minyak belum panas ya cik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bertanya... ok.. sebenar nya kita goreng sebelum minyak betul2 panas dan maintain api kecil sahaja semasa menggoreng... ini untuk mengelakkan donut kita ni pecah2 diluar dan x masak di dalam dan supaya donut akan mengembang dengan cantik nanti.. isi nya akan gebu dan lembut gitu... :)

      Delete