Baru jer buat petang semalam... satu adunan dapat lebih kurang 60 biji small cup... dah tinggal berapa biji jer lagik...
Saper2 yang nak cuba ni resepi nya...:-
3 biji telur
180g gula halus (saya x suka manis, kalo nak manis sukatan 200g)
275g tepung gandum
3 st baking powder
170ml susu segar (pakai susu sejat pun x per)
1 st ovallete
filling secukupnya (bluberry, strawberry, etc....)
esen vanilla dan pewarna
cara-cara nya:-
- pukul telur dan gula hingga kemmbang dgn kelajuan maksima selama 10 minit. Kemudian masukkan susu, esen vanilla dan ovallete, pukul lagi. Masukkan tepung dan bakung powder sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan dgn mixer sehingga sebati dan adunan menjadi gebu.
- Bahagi kan adunan kepada beberapa bahagian. Titiskan pewarna mengikut citarasa. Masukkan setiap warna kedalam piping bag (plastik biasa pun boleh).
- Picitkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas yang telah disusun dalam acuan apam. picitkan filling secukupnya. Kemudian picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Lastly dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus.
No comments:
Post a Comment